*baca PROLOG.
"Bangunlah, Cinderella!"
***
Bertalu-talu ketukan di pintu bilik air aku. "Nak apa?" "Ayah dah sediakan sarapan. Keluar dari toilet cepat. Ah, lagi satu. Ayah dah sidaikan semua baju-baju kita, sebab kau ni lambat sangat la. Dan bila abang cakap yang ayah dah sidaikan semua baju-baju kita, abang maksudkan yang ayah dah sidaikan sekali semua baju-baju kau la..... baju -baju kecik kau tu..... heheh!"
Dan pada masa itu, darah mula menyerbu ke muka disebabkan tindak balas adrenalin. Dan apabila darah merah yang mengandungi haemoglobin, iaitu sejenis sel yang mengangkut oksigen pergi ke bahagian otak aku, baru la otak aku yang lembap ni menjadi sedar dan bertindak balas mengulangi ayat yang sama... 'Baju kecik aku? Baju kecik aku!! Baju kecik aku!!!'
"Eehh?!! Ayah mana boleh sidai baju-baju Fairus tu! Tu baju Fairus! Baju kecik Fairus!! Orang laki mana boleh tengok!!"
Yep. Orang laki mana boleh tengok. Sebab baju-baju kecik aku tu baju perempuan, baju dalam la senang cerita. Dan aku, ialah Fairus Izzati, seorang budak perempuan berumur 16 tahun. Dan orang yang bercakap dengan aku dari tadi tu, ialah abang aku, tua setahun, 17 la. Nama? Taufiq Akim a.k.a Taieqqkhhg. Tu panggilan aku pada dia sebab perangai dia memang sebijik macam benda alah tu pun. Tak senonoh. Dah tau ayah nak sidai 'baju' aku tu, halang je la. Kenapa tunggu sampai ayah sidai baru nak bagitau aku? Ayah aku pun lagi satu hal, suka sidai baju kat luar, takde sorok-sorok langsung. Dia bukan kisah pun dia sidai baju siapa, asalkan kering dia kata. Erghh! Itu yang aku tak bagi dia sidai tu, sebab sampaikan orang luar pun boleh tengok. Banyak kes dah jadi baju-baju dalam aku hilang, tapi nampak gayanya macam ayah aku tak pernah belajar daripada kesilapan pun.
"Habis, yang kau masih dalam toilet ni kenapa, keluar la cepat. Dah pukul 7. 15 dah. Abang chow dulu. Kau lambat pergi sekolah, abang tak tau... dah la hari ni cikgu disiplin yang jaga pintu pagar."
Huh?! Betul tu! Cikgu disiplin yang jaga hari ni! Oh god, dah la aku tak gosok gigi lagi!! Macamana ni?! Berus gigi cepat! Berus gigi cepat!!
Biar aku ulang balik self-introduction aku, aku ialah Fairus Izzati. 16 tahun. Dan perangai aku 2x5 ja dengan abang aku, tak senonoh sikit. Cuma bezanya, aku suka berangan, dan dia pulak suka buli aku.
DAN bila aku ulang-tayang balik kisah hidup aku ni, memang banyak kejadian berlaku bila si abang yang tak guna ni buli aku. Sebagai contoh, masa aku 6 tahun, aku ada patung arnab- plushie, memang comel habis, hadiah birthday dari ayah aku. Best gila aku dapat hadiah yang macam tu sebab aku memang merengek macam nak gila pun depan kedai soft toy tu, mintak ayah belikan ntuk aku. Kira impian aku dah jadi kenyataan la. Dan entah macam mana, abang aku macam dengki + menyampah plak tengok aku happy ngan plushie aku tu, dia selinap masuk bilik aku satu malam tu, culik plushie aku yang tak bersalah tu, dan esoknya pula, aku tekejut bila tengok plushie aku dah tak dak kepala.
Aku pun menangis la dan pergi serang abang aku tu. Tapi alasan dia, dia pun nak main sama dengan menatang tu. Lepas tu dia ceritakanlah kat aku macamana caranya dia 'main'. Mula-mula, dia sepak terajang plushie aku macam main bola sepak, lepas tu dia tumbuk-tumbuk plushie aku- buat plushie aku macam 'sandbag' dia, dan aksi yang terakhir, dia pegang kedua belah telinga plushie arnab aku tu, dia pusing-pusing, dia buat macam helikopter. Mana tak putus kepala macam tu.... 'Habis tu kenapa? Abang pun nak main sekali. Tak boleh ke?'. Masalahnya, kau tu lelaki.
OKAY, itu baru cerita pasal salah seorang daripada ahli keluarga aku. Ada lagi dua orang lagi. Ah, lapar la pulak, aku nak breakfast dulu. So, ada apa kat dapur hari ni? Eh, nanti kejap. Tadi abang kata ayah dah sediakan sarapan? Alamak!!
"Ayah masak apa ni?!" "Roti bakar dan telur." Aku tengok keadaan di dapur rumah aku, serius macam suasana selepas dilanda taufan. Oven yang baru dibeli beberapa hari yang lepas aku tengok dah macam kena bom, macam tu jugak dengan pembakar roti kesayangan aku, hancur. Beberapa biji telur, pinggan, cawan dan alatan dapur yang lain dah pecah dan berselerak di atas lantai. Kuali dapur pun banyak dah tertanggal tangkai dan pemegangnya. Serius, ayah masak apa sebenarnya ni sampai keadaan dah jadi macam ni sekali?
Kali terakhir ayah masuk dapur, sebenarnya jadi macam ni jugak dapur ni, "Fairus tak sepatutnya bagi ayah masuk dapur lagi." Aku tengok pula keadaan di atas meja makan, terdapat beberapa keping benda yang berbentuk petak dan bewarna hitam legam disusun di atas pinggan. Aku belek-belek benda hitam tu.... alamak, boleh makan lagi ke ni? "Boleh makan lagi apa?", ayah macam tahu ajer apa yang terlintas dalam kepala otak aku ni.
"Buang ajerlah kerak kat atas ni. Tengok macamana ayah buat. Ambil sudu, pegang roti, kuis..... ah, dah patah pula. Alamak, dalam roti pun hitam jugak-"
Aku beralih kembali ke oven baru kami yang baru hancur tu. "Ayah, macamana oven ni boleh rosak pula?", patut tanya, macamana oven ni boleh meletup pula?
"Oh, ayah nak masak telur tadi. Sebab leceh sangat kena ambil kuali, tuang minyak, lepas tu nyalakan api, ayah masukkan je terus telur tu dalam oven. Masak juga isi kat dalam tu kan?"
"Ayah apa....?"
"Nak nyalakan api pun leceh. Asyik keluar api besar saja, habis terpelanting semua kuali."
"Habis, berapa banyak ayah bubuh telur kat dalam oven ni?"
"Tak la banyak sangat. Setakat sedozen tu la....."
JANGAN MASAK TELUR DALAM OVEN. Maksud aku, tolong jangan masak telur yang sebiji tu dalam oven. Sebab akibatnya nanti, udara yang terkandung dalam telur tu akan mengembang. Dah la udara mengembang, takde tempat pula nak pergi, sebab cengkerang telur tu halang udara dari keluar, so alamatnya, jadi bom la telur tu. Kalau sebiji, mungkin tak apa la lagi kan, tapi kalau dah sedozen, mungkin pengganas jugak akan gunakan cara ni untuk membunuh seseorang, sebab oven itu jugak, akan meletup.
"Fai... Fairus... Fairus.... Fairus!! Hoi Fairus, bangunlah cepat!! Kau dah lambat pergi ke sekolah ni!!"
Kepala yang lentok ditegakkan secara tiba-tiba, cepat-cepat bangun! *Dush!! Aiseyman.... terkena tangki air jamban ler plak. Baru aku teringat yang aku sedang tidur dalam toilet. Aku mengusap kepala aku yang terhantuk tu, nasib baik tak sakit sangat. Pam tandas aku tekan..... *Srusshh~ satu kejadian yang pelik bagaimana aku boleh tertidur semasa membuang air besar... Rasa macam nak tergelak, tapi bila fikir balik yang diri sendiri yang lakukan, terasa malu dan macam bangang pulak aku ni.
*Tok! Tok! Tok!! Tokkk!!!!
Bertalu-talu ketukan di pintu bilik air aku. "Nak apa?" "Ayah dah sediakan sarapan. Keluar dari toilet cepat. Ah, lagi satu. Ayah dah sidaikan semua baju-baju kita, sebab kau ni lambat sangat la. Dan bila abang cakap yang ayah dah sidaikan semua baju-baju kita, abang maksudkan yang ayah dah sidaikan sekali semua baju-baju kau la..... baju -baju kecik kau tu..... heheh!"
Dan pada masa itu, darah mula menyerbu ke muka disebabkan tindak balas adrenalin. Dan apabila darah merah yang mengandungi haemoglobin, iaitu sejenis sel yang mengangkut oksigen pergi ke bahagian otak aku, baru la otak aku yang lembap ni menjadi sedar dan bertindak balas mengulangi ayat yang sama... 'Baju kecik aku? Baju kecik aku!! Baju kecik aku!!!'
"Eehh?!! Ayah mana boleh sidai baju-baju Fairus tu! Tu baju Fairus! Baju kecik Fairus!! Orang laki mana boleh tengok!!"
Yep. Orang laki mana boleh tengok. Sebab baju-baju kecik aku tu baju perempuan, baju dalam la senang cerita. Dan aku, ialah Fairus Izzati, seorang budak perempuan berumur 16 tahun. Dan orang yang bercakap dengan aku dari tadi tu, ialah abang aku, tua setahun, 17 la. Nama? Taufiq Akim a.k.a Taieqqkhhg. Tu panggilan aku pada dia sebab perangai dia memang sebijik macam benda alah tu pun. Tak senonoh. Dah tau ayah nak sidai 'baju' aku tu, halang je la. Kenapa tunggu sampai ayah sidai baru nak bagitau aku? Ayah aku pun lagi satu hal, suka sidai baju kat luar, takde sorok-sorok langsung. Dia bukan kisah pun dia sidai baju siapa, asalkan kering dia kata. Erghh! Itu yang aku tak bagi dia sidai tu, sebab sampaikan orang luar pun boleh tengok. Banyak kes dah jadi baju-baju dalam aku hilang, tapi nampak gayanya macam ayah aku tak pernah belajar daripada kesilapan pun.
"Habis, yang kau masih dalam toilet ni kenapa, keluar la cepat. Dah pukul 7. 15 dah. Abang chow dulu. Kau lambat pergi sekolah, abang tak tau... dah la hari ni cikgu disiplin yang jaga pintu pagar."
Huh?! Betul tu! Cikgu disiplin yang jaga hari ni! Oh god, dah la aku tak gosok gigi lagi!! Macamana ni?! Berus gigi cepat! Berus gigi cepat!!
Biar aku ulang balik self-introduction aku, aku ialah Fairus Izzati. 16 tahun. Dan perangai aku 2x5 ja dengan abang aku, tak senonoh sikit. Cuma bezanya, aku suka berangan, dan dia pulak suka buli aku.
DAN bila aku ulang-tayang balik kisah hidup aku ni, memang banyak kejadian berlaku bila si abang yang tak guna ni buli aku. Sebagai contoh, masa aku 6 tahun, aku ada patung arnab- plushie, memang comel habis, hadiah birthday dari ayah aku. Best gila aku dapat hadiah yang macam tu sebab aku memang merengek macam nak gila pun depan kedai soft toy tu, mintak ayah belikan ntuk aku. Kira impian aku dah jadi kenyataan la. Dan entah macam mana, abang aku macam dengki + menyampah plak tengok aku happy ngan plushie aku tu, dia selinap masuk bilik aku satu malam tu, culik plushie aku yang tak bersalah tu, dan esoknya pula, aku tekejut bila tengok plushie aku dah tak dak kepala.
Aku pun menangis la dan pergi serang abang aku tu. Tapi alasan dia, dia pun nak main sama dengan menatang tu. Lepas tu dia ceritakanlah kat aku macamana caranya dia 'main'. Mula-mula, dia sepak terajang plushie aku macam main bola sepak, lepas tu dia tumbuk-tumbuk plushie aku- buat plushie aku macam 'sandbag' dia, dan aksi yang terakhir, dia pegang kedua belah telinga plushie arnab aku tu, dia pusing-pusing, dia buat macam helikopter. Mana tak putus kepala macam tu.... 'Habis tu kenapa? Abang pun nak main sekali. Tak boleh ke?'. Masalahnya, kau tu lelaki.
OKAY, itu baru cerita pasal salah seorang daripada ahli keluarga aku. Ada lagi dua orang lagi. Ah, lapar la pulak, aku nak breakfast dulu. So, ada apa kat dapur hari ni? Eh, nanti kejap. Tadi abang kata ayah dah sediakan sarapan? Alamak!!
"Ayah masak apa ni?!" "Roti bakar dan telur." Aku tengok keadaan di dapur rumah aku, serius macam suasana selepas dilanda taufan. Oven yang baru dibeli beberapa hari yang lepas aku tengok dah macam kena bom, macam tu jugak dengan pembakar roti kesayangan aku, hancur. Beberapa biji telur, pinggan, cawan dan alatan dapur yang lain dah pecah dan berselerak di atas lantai. Kuali dapur pun banyak dah tertanggal tangkai dan pemegangnya. Serius, ayah masak apa sebenarnya ni sampai keadaan dah jadi macam ni sekali?
Kali terakhir ayah masuk dapur, sebenarnya jadi macam ni jugak dapur ni, "Fairus tak sepatutnya bagi ayah masuk dapur lagi." Aku tengok pula keadaan di atas meja makan, terdapat beberapa keping benda yang berbentuk petak dan bewarna hitam legam disusun di atas pinggan. Aku belek-belek benda hitam tu.... alamak, boleh makan lagi ke ni? "Boleh makan lagi apa?", ayah macam tahu ajer apa yang terlintas dalam kepala otak aku ni.
"Buang ajerlah kerak kat atas ni. Tengok macamana ayah buat. Ambil sudu, pegang roti, kuis..... ah, dah patah pula. Alamak, dalam roti pun hitam jugak-"
Aku beralih kembali ke oven baru kami yang baru hancur tu. "Ayah, macamana oven ni boleh rosak pula?", patut tanya, macamana oven ni boleh meletup pula?
"Oh, ayah nak masak telur tadi. Sebab leceh sangat kena ambil kuali, tuang minyak, lepas tu nyalakan api, ayah masukkan je terus telur tu dalam oven. Masak juga isi kat dalam tu kan?"
"Ayah apa....?"
"Nak nyalakan api pun leceh. Asyik keluar api besar saja, habis terpelanting semua kuali."
"Habis, berapa banyak ayah bubuh telur kat dalam oven ni?"
"Tak la banyak sangat. Setakat sedozen tu la....."
JANGAN MASAK TELUR DALAM OVEN. Maksud aku, tolong jangan masak telur yang sebiji tu dalam oven. Sebab akibatnya nanti, udara yang terkandung dalam telur tu akan mengembang. Dah la udara mengembang, takde tempat pula nak pergi, sebab cengkerang telur tu halang udara dari keluar, so alamatnya, jadi bom la telur tu. Kalau sebiji, mungkin tak apa la lagi kan, tapi kalau dah sedozen, mungkin pengganas jugak akan gunakan cara ni untuk membunuh seseorang, sebab oven itu jugak, akan meletup.
Bila tengok keadaan dapur aku yang macam ni, secara automatiknya pula, aku ambil kain dan Fabreze yang memang disimpan khas di sudut bawah kabinet dapur, untuk digunakan buat masa-masa kecemasan yang macam ni la. Laju ajer tangan dan kaki aku bergerak untuk mengemas kembali dapur. Cengkerang-cengkerang telur, pinggan dan cawan pecah aku kutip dan buang. Oven dan pembakar roti kesayangan aku pun aku buang sekali, rasanya takde gunanya simpan lagi kan? Aku sembur Fabreze kat tempat-tempat yang ada kotoran. Kain ditangan aku guna untuk lap kotoran-kotoran tu pula. Sembur, sembur, sembur. Lap, lap, lap. Sembur lagi, dan lap, lap, lap.
"Eh, tak nak duduk ke Fairus? Makan la dulu. Nanti nak pergi sekolah."
"Err... saya kenyang ayah."
"Nanti membazir pulak semua benda yang ayah masak ni. Susah-payah tau ayah masak."
"Hmm... ok. Fairus ambik satu roti ni." Ngap aku gigit. Uwekk.... pahit.
Sambil makan, aku continue lagi mengelap dan mengemas bahagian dapur yang kotor. Lap, lap, lap, lap.
"Kak, kau buat apa tu?"
"Kemas balik dapur."
"Sekarang dah pukul 7.25"
"Oh." Ish! Degil pulak kotoran ni. Lap lagi. Lap
"Guru disiplin jaga pintu pagar hari ni."
"Oh."
"Kak, nak pergi sekolah ke tak ni?"
"Ha?" Lap bahagian lain pulak...
"Se-ko-lah. Kau nak pergi ke tak?"
Oh Gosh, sekolah!! Serta-merta Fabreze dan kain pengelap jatuh dari tangan-tangan aku. Aku kalih kebelakang dan aku nampak saudara aku, Akmal Fairus, bersandar di dinding sambil bersilang tangan, siap berpakaian seragam dan menggalas beg sekolah.
"So.... nak pergi ke tak?"
-i.redHood

aku ingt fairus tu laki... huhuuhuhuhu.. best gak citer tu.. huhuhuhu..
ReplyDeletehehe. aku memang saja buh nama tu. biar nampak macam laki
ReplyDeletehak3! nsb ak bca dya pmpn..
ReplyDelete