Saturday, March 26, 2011

PROLOG


Bila cerita dongeng yang sebenar mula bersuara, dunia bertukar 360 darjah, berputar, memulakan revolusi baru dan memberitahu, "inilah realiti yang sebenarnya."

***

-Ahh... bunyi itu lagi...
                                                                                        
    
 tik... tok... tik... tok...



   
 "Jangan lari!!"

    "Siapa kamu?!!"

    "aku...? Aku ialah makhluk yang sering mengejar... The Little Red Riding Hood."


-pernah dengar satu cerita? Ianya sebenarnya tentang mimpi.Tahu tak, sebenarnya dalam diri setiap manusia itu, terdapat keinginan untuk menjadi sesuatu. Apa sebenarnya sesuatu itu? Apakah makna sebenar sesuatu? Ooh... kita tidak tahu. Kerana sesungguhnya dalam diri setiap manusia, keinginan itu merupakan sesuatu yang berbeza bagi setiap pemiliknya.



    tik... tok... tik... tok...


-jadi, kenapa kita bermimpi?  Bagaimana mimpi boleh terjadi? Ahh....mimpi. 


                                               
terlalu banyak perkara yang terjadi semasa kita berjaga. Terlalu banyak.... sampai menyesakkan bahagian memori. Namun sebahagian memori itu akan terjaga dan memainkan semula wayang perkara yang kita sudah lakukan atau terfikir akan melalukan, kembali di dalam suatu keadaan yang dikenali sebagai... mimpi.

-mimpi, memainkan semula masa silam dan menyaksikan keinginan diri.... jadi, apabila kita bermimpi, apa yang akan terjadi?

     tik... tok... tik... tok...


-ahh... bunyi itu lagi. Jam berdetik.


     tik... tok... tik... tok... 


-Jadi, apakah pula keinginan menjadi sesuatu itu? Kenapa harus bermimpi? Oh, kita tidak tahu..... (senyum). Sebab mimpi itu ialah salah satu daripada keajaiban alam. Dan disebabkan mimpi itulah juga, munculnya cerita-cerita dongeng.

 
     tik... tok... tik... tok... 











-Tapi nampaknya, sejauh manapun kita bermimpi, tiba masanya...



    "aku dah jumpa kamu...  Little Red Riding Hood."


-poof! Terjaga.





 

-i.redHood

2 comments: