Thursday, March 31, 2011

CHAPTER 2

*baca CHAPTER 1.

    
 "Majlis tari menari, akan bermula....."


***

       *DUM!!

     Berdentum anak tangga ketika aku berlari ke tingkat atas untuk mengambil beg sekolah aku. Dah capai beg sekolah yang kat atas katil tu, terus aku keluar dari bilik tidur. Eh, nanti kejap. Tudung aku ni macam herot sikit ajer. Ah, pedulikanlah! Perbetul jer kat sekolah nanti! Kena naik basikal, mesti herot jugak tudung sebab kena tiup dengan angin kan? Lagipun, rasanya , kena pecut lagi la kali ni...

SELALU macam ni. Selalu sangat berangan lepas tu lewat pergi sekolah. Aku bangun awal aje tadi. Pukul enam pagi kut. Tiba-tiba, perut aku buat hal pulak, meragam. Habis tu, terpaksa la pulak aku bertapa dalam toilet. Alang-alang bertapa, aku boleh terlelap pula. Macamana boleh jadi, aku pun tak tahu. Nasib baik dah siap iron baju seragam semalam. Buku semua pun dah siap susun dalam beg. Mandi pun ala kadar sebab terlewat sangat pagi ni. Dalam mengejar masa, boleh pulak aku kemaskan dapur? Apa yang aku fikirkan? Tapi, nak buat macamana, aku rasa, memang mengemas dah jadi sebati sangat kut dalam diri aku, memandangkan aku seorang jer perempuan dalam keluarga ni.
     So, bila aku dah jadi seorang jer perempuan dalam keluarga, automatik, aku la yang kena banyak buat kerja rumah.

     'Fairus, butang baju tertanggal. Tolong jahit. Ah, seluar ni pun sama, terkoyak kat tengah. Abang lasak sangat tadi. Hehe.'
     'Fairus, masak kat ayah telur. Lapar.'
     'Kak, basuh baju Akmal. Esok nak pakai.'
     'Fairus, kemas almari. Semak sangat. Lagi satu, lap bingkai gambar abang. Abang nak sampai berkilat.' 
     'Fairus, masak kat ayah kari ikan. Lapar.'

Walaupun satu benda yang aku tak faham, keluarga kami sebenarnya agak berada, kenapa ayah tak upah ajer maid awal-awal untuk uruskan rumah? Tak la aku terkejar-kejar sangat mengemas dan menguruskan rumah. Ingat nak buat house chores ni kacang goreng sangat ke? Susah tau. Setakat nak vacuum dan sapu lantai, dah ambil masa 2 jam lebih, kalau rumah anda setinggi 3 tingkat. Rumah aku tu pun, bukannya kecik. Setakat bilik tidur aku tu, boleh muatkan enam buah king size punya katil. Bilik air pulak, setakat dua buah katil camtu. Tapi, walaupun aku ni anak orang berada, aku yang jadi maid dirumah sendiri.
      Teringat balik cerita Cinderella, cerita pasal seorang anak orang kaya yang kena buli dengan kakak-kakak dan ibu tirinya. Bezanya dekat sini, aku bukan Cinderella, nama aku Fairus Izzati, dan aku takde saudara tiri. Cuma keluarga sebenar yang suka membuli aku.
      Kalau dulu, semasa aku kecik-kecik, mak cik aku yang uruskan rumah ni. Walaupun aku katakan mak cik aku yang urus, dia cuma menggunakan maid-maid dia aje untuk buat semua kerja. Mak cik aku pun mana reti sangat uruskan rumah. Dia terpaksa menggunakan maid dia sebab ayah degil sangat, tak nak upah maid sendiri. Tapi lepas mak cik aku meninggal, kerja-kerja ni semua dah diwariskan kepada aku. Alasan ayah, dia nak anak perempaun dia pandai buat kerja rumah. Sungguh, aku memang dah reti sangat pun buat kerja sekarang ni, tapi keluarga aku pula yang jadi jahil semacam bila buat kerja rumah. Anak orang kaya katakan, mana pernah buat kerja rumah. Alasan ayah lagi, orang lelaki kerja dia hanya diluar rumah. Dalam rumah, perempuan yang uruskan. Walaupun kadang-kadang, ayah suka juga membantu aku buat kerja rumah, walaupun sebenarnya, ayah cuma menerukkan lagi keadaan. Nak buat macamana, ayah dari dulu sampai besar, kerja-kerja rumah orang lain yang uruskan. Anak orang kaya katakan.

     "Eh, kakak nak ke mana?" Terkejut. Saudara aku ni suka sangat muncul secara tiba-tiba belakang aku.
    
     "Tak payah naik basikal, jom pergi sekolah naik kereta."
     "Eh....."
     "Apa eh...... Dah lewat ni. Kurang dari 5 minit ni."
     "Tapi kereta tu mewah sangat."
     "So, apa masalahnya?"
     "Nanti orang pandang pelik......"
     "Habis tu?"
     "Sebab tu la tak nak.... nanti.... orang akan...."
     "Okay, tinggal lagi 3 minit." Warghh?!
     "Akak naik kereta!"

BIAR aku ceritakan sedikit pasal keluarga aku bagi menghilangkan kekeliruan, okey? Keluarga aku terdiri daripada aku, Fairus Izzati, 16 tahun, saudara aku, Akmal Fairus, 16 tahun, abang aku, Taufiq Akim, 17 tahun, dan ayah aku, Dato' Ahmad Ilyas bin Jefri, 54 tahun, seorang pemilik kepada syarikat ORB Trading & Marketing Holdings. Emak? Aku mesti la ada emak, walaupun mak aku dah meninggal lepas lahirkan aku. Emak aku ialah Nadezhda Petrova, atau nama islamnya, Nur Nadia Petrova binti Abdullah, orang Perancis.
     Sekarang, adakah tertanya-tanya sama ada aku memiliki traits dari belah emak aku? Mesti la ada... sepertimana rambut emak, rambut aku juga mempunyai warna yang sama, warna yang agak jarang dijumpai, iaitu merah, warna epal yang tengah masak.

     "Kau... tak pakai contact lens lagi."
     "Eh?"
     "Jangan la berangan semasa orang tengah bercakap kak."

     "Oh, sorry. What is it again?"
     "Vos yeux... encore vert"
     "What?" Huh? Amenda dia cakap nih? Okay, perah otak jap.... aku rasa tu bahasa Perancis kut.... kuttttt... err... Vos yeux? ..Vos yeux? kalau tak salah aku, tu maksudnya your eyes.... huh? Apsal ngan mata aku? Eh jap..... vert tu bukan maksud dia hijau ke? 


Okay, bukak bedak compact. Oh betul la, aku terlupa pakai kanta lekap! Alamak!! Kening dan bulu mata aku juga masih merah!!

Inilah masalahnya kalau mempunyai rambut yang bewarna merah. Sebab kalau rambut anda bewarna merah, ini bermaksud kening, bulu mata, dan juga bulu roma anda, turut bewarna merah.

     "Ini." Akmal baling sebuah beg kecil bewarna hitam ke arah aku. Terpaksa baling sebab kereta lebar sangat katakan... hehe.
     "Apa ni?" Aku bukak beg hitam. Okey, rasa sedikit terkejut.
     "Dalam tu ada contact lens warna hitam. Kau pakai cepat. Dalam tu pun dah siap ada dah spek mata, untuk emergency je lah. Sampai sekolah nanti, kau cepat-cepat pergi bilik air pakai mascara dan hitamkan kening kau tu dengan pensel tu. Ada dah semua tu dalam beg kecik tu, kau tak payah risau la."

Err... okey, sebenarnya, aku rasa terkejut bukan sebab dia dah sediakan semua ni untuk aku. Aku terkejut sebenarnya sebab, kali terakhir aku lupa pakai contact lens dengan mascara dan lupa hitamkan kening aku ni, dia ada sediakan jugak beg hitam kecik yang sama untuk aku. Dan, setiap kali dia bagi beg tu kat aku, aku ingat yang aku ambik terus ja beg tu kat aku, tak pernah aku bagi balik. So, dia ni sebenarnya ada berapa banyak benda-benda ni semua dengan dia? Dia beli setiap hari ke benda-benda ni semua? Lengkap pulak tu. Fuh, serius aku tak percaya dengan budak seorang ni.

     "Err... Akmal, kau... bila masa kau beli semua ni?"
     "Apsal? Tak lengkap ke?"
     "Tak, bukan macam tu. Maksud akak...."
     "Cepat pakai contact lens. Nak sampai sekolah dah ni." ish! Budak Akmal ni, orang nak cakap, dia selalu potong line.
     "Yea.... Tapi Akmal, bila masa kau beli..."
     "Cepat la pakai."
     "Kau ni, dengar la dulu akak nak cakap apa."
     "Apa?" Dan tiba-tiba, dia pandang aku lak. Dengan mata hitam, dan kening hitam yang agak lebat, bila dia pandang aku dengan mata yang macam tu, dengan pandangan yang tajam, otak aku tiba-tiba jadi blank. Terus aku jadi short term memory loss. 

     "Err... apa ntah nak cakap tadi?"
     "Kau lupa?"
     "Err...." Apa ya? Hmm... aku belek-belek beg hitam kat riba aku tu. Oh, mungkin aku nak berterima kasih kat dia sebab bawa beg ni untuk aku? "Pasal beg ni kut?"

     "Kut? Kak, kau nak cakap apa ni?"
     "Laa... orang dah lupa la. Salah kau la ni. Apapun Akmal, terima kasih bebanyak... pasal beg ni la."
     "Hmm...."
     "Akak ucap terima kasih ni."
     "Yea...."
     "Cakap la sama-sama ke apa."
     "Yup." Akmal dah mula buat muka bosan sambil tangan kiri dia menopang dagunya di cermin kereta. Cis.


     "Akmal, kau ni...."
     "Tapi kan akak," Aik? Macam nak tukar topik je? "Apsal akak kisah sangat dengan warna mata dengan warna rambut akak tu? Biar je la orang lain tau. Tengok macam Taufiq tu," 
     "Abang Taufiq." 
     "..ya, abang Taufiq, dia tak kisah pun orang lain tau yang mata dia hijau? Dia siap bangga lagi tuu. Buat je la macam dia."
     "Abang tu.... lain. Akak mana boleh buat macam dia tu..."
     "Okey, tak faham. Kakak nak berahsia pasal rambut dan mata tu ke? Apsal perempuan ni suka sangat berahsia? Biar je la terus-terang. Biar je la orang lain tau yang akak ni anak kacukan. Apa yang susah sangat? Takkan la akak nak sentiasa pakai contact lens hitam kut? Dah la mata tu tak rabun langsung. Pelik."


Warghh, aku dipanggil pelik oleh budak Akmal ni. "Akak... pelik sangat ke?" huu...


     "Err.... tak. Tak la pelik. Cepat la pakai contact lens. Nak sampai sekolah dah ni."
     "Oh, betul. Contact lens!" sekali lagi aku terasa terharu.... "Akmal, terima kasih banyak-banyak eh?"
     "Iye..."
     "Akmal, serius ni akak beterima kasih."
     "Hmm...."
     "Akmal, akak tersangat-sangat la berterima kasih dengan kau ni dan amatlah berterima kasih sampai tidak terhingga dan akak...."
     "Lagi satu minit sebelum sampai sekolah." Cepat-cepat aku pakai!!



BUKAN-nya aku saja nak sembunyi-sembunyi ke apa.... Aku buat macam ni pun sebab, orang, manusia, makhluk Allah yang berotak ni, kalau tau yang rambut aku merah, mata hijau, anak kacukan, bukannya tanggapan diorang ni selalunya baik. Sebab... aku tak tau apsal, mungkin sebabnya adalah perasaan dengki atau iri hati, sebab tak memiliki benda yang sama yang macam aku ada ni, aku dah biasa dah kena sisih dengan budak-budak lain, terutamanya perempuan. Mungkin diorang tengok yang aku ni macam didunia yang berlainan sangat kut....? Tapi perasaan apabila disisihkan, dirasakan amat menakutkan. Aku lebih rela menyamar, menjadi seperti mereka, supaya aku tak perlu rasa perasaan berseorangan lagi...

    tik... tok... tik... tok...

     "Cinderella? Kenapa tak mahu ke majlis tari-menari?"
     "Kasut kaca.... dan gaun emas.... aku tak ada lagi benda itu...."


    tik... tok... tik... tok...

     "Kenapa...? Tak perlukan semua itu Cinderella. Bangunlah, dan pergi ke majlis tari menari itu..."
     "Tak... tak boleh...."


    tik... tok... tik... tok...

     "Kenapa? Kau tak perlukan benda itu semua....apa yang kau perlukan, cuma sediakan sepasang kasut tari-menari dan gaun sahaja. Kau tak perlukan magis untuk memiliki sepasang kasut kaca..."
     "Engkau tidak faham....."


    tikk...      tokkkkk...

 
     "Kenapa..? Cinderella, tidakkah engkau berasa sakit? Engkau memakai sepasang kasut yang diperbuat daripasa kaca, tidakkah sakit? Tidakkah berasa risau? Kerana setiap kali kau menari, tidakkah kau risau kasut itu akan pecah? Tidakkah kau risau? Kasut tari-menari itu, sungguh cantik.... juga sungguh menakutkan."

     "Aku mahu diterima oleh orang-orang di majlis tari-menari itu..... aku betul-betul mahu diterima oleh orang-orang di majlis tari-menari. Tapi apa yang aku ada, cumalah sepasang kasut dan gaun buruk. Aku tak mahu menjadi sangat berlainan. Sesungguhnya, kesakitan kaki dicucuk kaca dan berdarah, tiada kesannya kepada aku, berbanding ditinggalkan bersendirian di dunia sendiri..."


    DANG! DANG!! DANG!!!


"Dan apabila jam berdetik tepat pukul 12 tengah malam, kereta kuda pun bertukar menjadi labu. Kasut kaca berderai pecah. Dan pada ketika itulah, Cinderella benar-benar mati."

***





-i.redHood

 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aku tak rasa ramai yang faham blog aku ni. Cerita aku pelik skit.... hehe

    ReplyDelete