Monday, April 4, 2011

CHAPTER 3

*baca CHAPTER 2.

"...Alice, jemputan ke minum petang."


***

     "Hebatnya. Kau lewat beberapa minit tak kena tahan pun dengan 'beruang jadian' tu."
     "Sebab aku datang dengan Akmal tadi."
     "Hmm.... ye la. Kalau Akmal ada aje, terus cikgu disiplin tu tutup sebelah mata aje. Anak emas sekolah katakan. Padahal sebelum ni, sesiapa yang lewat, mesti kena lari padang 7 kali. Siap kena denda kutip sampah pulak tu. Macam si Asfar kelas 5V ni ha, dia kena denda tau tadi. Walaupun dia lewat 2-3 minit je pun."
     "Hmm....."
     "Wei Ros, kau dengar la cakap aku ni!"
     "Hmm...."
     "Fairus! Dengar la!!"
Alah! Senget pulak kening yang aku lukis nih! "Kacau la kau ni Mel! Kan dah tak elok dah kening aku ni.... apa dia?"
     "Aku kata.... si Asfar kelas 5V tu kena denda pagi ni."
     "Asfar?"
     "Iye.... Asfar. Si Prince Elf kau tu." Terus aku letak pensel lukis kening aku tu ke bawah. Kalau pasal Prince Elf aku, kira berita panas ni!!

ASFAR ialah Prince Elf, nama jolokan yang diberi oleh aku. Kenapa Elf? Baiklah, kalau nak tau, nombor satu dalam bahasa German ialah 'Ein'. Dua pula ialah 'Zwei'. Tiga, 'Drei'. Empat, 'Vier'. Lima, 'Funf'. Enam, 'Sechs'. Tujuh, 'Siebe'. Lapan, 'Acht'. Sembilan, 'Neun'. Sepuluh, 'Zehn' dan sebelas dalam bahasa German ialah.... 'Elf'. Dan memandangkan si Asfar ni memakai jersi bernombor 11 dalam pasukan bola sepak sekolah kami, aku bubuh la nama dia Prince Elf, walaupun nama ni aku dan kawan aku, Dania Melati a.k.a Mel, aje yang tau.

      "Habis tu, teruk la dia kena denda?"
      "Yup. Dan kalau kau nak tau kan, yang lawaknya pagi ni, 'beruang jadian' tu kena marah gila teruk dengan fans Prince Elf tu! Diorang boo 'beruang' tu! Gila tak puas hati!"
      "Oh, wau. Beraninya."
      "Tak la berani sangat. Lepas 'beruang' tu jerkah balik, diorang senyap dan jadi budak baik."
      "He-he! Beruang..... siapa tak takut."

'Beruang' tu sebenarnya cikgu disiplin sekolah kami, Cikgu Mohamed. Sebab kami panggil dia beruang adalah kerana, badan dia 'lebar' dan besar, macam beruang. Muka pun bulat, ganas pulak tu, so kami panggil je dia 'beruang'. Apapun, bila aku kata 'kami', aku maksudkan yang aku dan Mel je la yang panggil dia camtu. He-he.

     "Teruk sangat ke Asfar kena denda?"
     "Yup. macam biasa, kena lari 7 pusingan. Tapi aku rasa, dia tak kisah sangat pun. Dia pun atlit kan? Mesti dia tak rasa apa-apa sangat."
     "Pasal sampah tu?"
     "Oh, ini yang lawaknya. Kau nak tau, tadi semasa aku bejalan tepi bangunan C, yang biasanya banyak sampah tu, dah jadi bersih tempat tu, tau tak? And then, aku dapat tau yang fans dia dah tolong kutip sampah dah.... gila fanatik diorang tuh."
     "Hebat... aku kagum tul ngan Elf tu."
     "A'ah. Aku teringin ada orang sanggup buat macam tu untuk aku."
     "Jangan berangan la..."
     "Engkau pun sama...."

Dan, ini adalah salah satu sebabnya juga kenapa aku panggil dia Prince Elf, dia memiliki muka yang sangat comel, baby face dengan lesung pipit disebelah kiri, dan seperti Elf didalam cerita dongeng, dia juga memiliki mata yang sangat menawan, bersama rambut kerinting yang lebat bewarna hitam, dan hidung yang agak mancung. Seperti Elf juga, yang bermaksud Mischievous boy, si Asfar ni budak nakal. Selalu lewat pergi sekolah, ponteng kelas dan melepak kat loteng, dan suka menyakat cikgu dan budak perempuan lain. Tapi, dia diberi gelaran Prince, oleh aku, sebab aku nampak dia ni sangat berkarisma, ketika bermain bola sepak la, dan dia seperti mempunyai aura disekelilingnya, aura yang memikat. Dah la dia ni badan tegap dan tinggi. Err... sebenarnya, aku rasa yang, semua orang disekolah ni sangat tinggi...

     "Hei Ros, kau tak membesar eh dalam dua hari ni?"
     "Banyak la kau punya 'membesar'... Takkan cuti Sabtu Ahad je, tiba hari Isnin suddenly aku jadi tinggi?"
     "Hmm.... kesian. Tinggi kau 140 cm kan?"
     "144 la! Aku tak la rendah sangat." Cis! Aku tinggi lagi dari 140 cm tuu...
     "E-leh! Ni, kau nampak ke tak cermin tu?"
     "Err...." Aku benci cermin kat tandas. Tinggi sangat. Sinki pun tinggi. Diorang ni tak considerate langsung masa nak buat tandas. Ingat semua orang tingi-tinggi sangat ke? Fikir la orang yang rendah sama.... macam aku.
     "Haih.. kesian gila aku tengok kau, terjengket-jengket. Ingat comel ke buat aksi macam tu? Bak sini mascara tu. Aku buatkan."
     "Err... terima kasih Mel. Nah." Sedihnya. Aku sangat rendah. Apsal cermin kat tandas ni tinggi-tinggi? Tapi aku bukannya berlagak comel la Mel...... aku memang comel pun. Hehe.
      "Hmm.... Ros, kau tak letih ke buat benda macam ni tiap-tiap hari? Kena pakai kanta lekap la, lukiskan kening la, pakai mascara la..... Apsal kau tak nak biar je orang lain tau yang mata kau hijau dan kening kau warna merah?"
      Ah. Dia tanya lagi benda yang sama macam yang Akmal tanya pagi ni. "Sebab kali terakhir aku buat camtu, aku kena ceramah dengan ustazah."
      "Oh, okey. Aku faham. Dia ingat kau tipu dia. Dia ingat kau dyle rambut dan pakai contact lens bewarna, kan? Hmm.... kesian. Dongak kepala sikit, kau rendah sangat la."


DANIA MELATI. First time aku kenal dia semasa orientasi Form 4 bulan 1 dulu, sekarang ni dah bulan 3 dah.
     'Hai, aku Dania Melati. Panggil Mel.'
     'Kenapa tak panggil Dania je? Sedap nama tu.'
     'Sebab my sis pun Dania jugak, Dania Maisarah. Orang selalu panggil dia Dania. So, nama kau apa?'
     'Fairus Izzati.'
     'So, panggil Izzati?'
     'Nope. Panggil Fairus.'
     'Laa... badan comel, muka comel, panggil Fairus pulak. Fairus tu nama macam lelaki sikit la...'
     'He-he...'
First impression aku kat dia, dia anak orang kaya yang manja. Sebab? Dia nampak bergaya. Waktu orientasi dulu, walaupun dia ni berada jauh beberapa meter dari aku, aku masih dapat mengesan dia. Sebab yang bertama, dia sangat tinggi, lingkungan 165 cm camtu Sebab yang lain pula, dia men-dyle rambut pendek paras bahunya yang ala-ala Victoria Becham tu warna jingga, a.k.a oren. So, nak tak nak, memang senang sangat nak cari perempuan ni kan? Selepas peraturan sekolah diperkenalkan, dia terpaksa melunturkan kembali rambutnya ke warna asal, hitam la. Kebetulan, dia duduk sekelas dengan aku. Kebetulan lagi, dia duduk disebelah aku didalam kelas. So, selepas beberapa hari duduk sebelah-menyebelah dengan dia ni, kami jadi kawan, boleh dikatakan camtu la. Sampai la suatu hari tu, kelas dilanjutkan sampai ke petang, so, aku terpaksa ke surau sekolah untuk sembahyang.......

     "Assalamualaikum...."
     Terkejut.  "Waalaikummussalam...." Tudung yang aku separa buka tu, aku pakaikan balik.
     "Eh, Fairus. Kau ada kat sini?"
     "A'ah. Nak sembahyang Zohor. Kau tak sembahyang?"
     "Err... aku cuti. Aku datang sini nak berehat je."
     "Oh." Dan beberapa minit berlalu dengan aku masih menekup tudung ke kepala.
     "Err... kau dah ambil air sembahyang ke?"
     "Erm.... belum."
     "Kau tak nak ambil?"
     "Err...."

     "Ni, kenapa kau masih pakai tudung ni? Takkan dengan aku pun kau nak segan?"
     "Eh? Ma.... mana ada la...."
     Dan Mel mula pandang aku pelik. Dia menyilangkan kedua tangannya didada. "Ros, aku muslim la."
     "Ya, aku tau."
     "Kenapa kau tak nak buka tudung lagi? Ke, kau menyampah dengan aku, sebab aku tak pakai tudung, lepas tu aku duduk kat surau ni?"
     "Eh? Eh? Tak la! Bukan macam tuu....... bukannya aku tak nak bukak tudung sebab kau cuti ke apa, bukan jugak sebab kau saja duduk dekat sini dan nak lepak-le..... err... pak?" Uh-oh...... aku nampak dia macam lagi marah je. Wrong words!
      "Fine. Aku boleh je duduk tempat lain. Aku tak kan ganggu ketenteraman hati kau. Enjoy."
      Laa! Dia bangun pulak! Macamana ni? Aku tak nak dia marah kat aku. Aku kenal dia beberapa hari je pun, tapi aku tak nak dia cepat benci kat aku.... alaa Mel!! Ish! Terus aku pegang tangan dia. "Err, kejap Mel! Kejap.... Bukan macam tu la maksud aku. Aku tak bermaksud pun nak cakap camtu ngan kau."
       "Apa-apa aje la." Dia tarik balik tangan dia. Ish!
       "Laa... Mel! Aku serius tak bermaksud nak cakap camtu ngan kau. No offense, okay? Lidah aku yang ter-slip sikit..."
       "Then?"
       "Err...."
       "Fairus....." okay, dia kembali menyilang tangan.
       "Aku buka tudung ni, kau jangan sangka yang bukan-bukan, okey?"
Perlahan-lahan aku buka tudung aku. Keluar la rambut aku yang bewarna merah, lurus, lebat dan panjang hingga ke paras punggung. Aku tengok muka kawan aku tu, mata dia terbeliak.
        "Kau dyle rambut kau merah, pastu kau sembunyikan bawah tudung?!!"  Dah agak dia mesti fikir macam ni punya!

        "Tak... bukan macam tu."
        "Ak... aku tak sangka kau macam ni. Aku ingatkan kau ni budak baik....."
        "Mel.... dengar sini dulu."
        "Tak sangka aku, kau......" Mulut perempuan ni ternganga luas. Okay, parah ni. Tapi dia ni bukan jenis yang nak faham kalau aku cakap pun. So.....
        "Mel, aku pergi basuh muka dulu. Kau tolong tunggu kat sini sekejap, tolong ya? Lepas tu kalau kau nak marah aku ke, nak buat apa ke, buat la. Just, tunggu jap, okay?"  Dan sejurus aku balik dari tempat wuduk dan tunjukkan muka aku kat dia, dia mula bertenang.
        "Oh. Jadi, ni memang warna rambut asal kau la ye?"  Fuh! Nasib baik dia ni cepat nak faham!

        "Yep. Dan ini lagi satu aku nak tunjuk kat kau."